December 29, 2010

10 perkara haram di facebook




1. Mengeluarkan status yang mengatakan kau seorang diri di rumah atau pun di mana saja . it's denjeres baby .

2. Mem-publish-kan gambar dokumen sulit seperti penyata akaun .

3. Upload gambar hot hot da vasss gitewww .

4. Merungut atau marahkan sesuatu yang berkait dengan hal kerja atau kolej padahal pengarah atau bos kau ada je tengah baca status 'panas' kau tu .

5. Beraksi daring syok sendiri . like status sendiri . komen status sendiri . like gambar sendiri . komen gambar sendiri terlebih dahulu .

6. Beri pandangan peribadi yang sensitif dan akan melukakan hati kawan kau yang berlainan bangsa dan agama .

7. Buat status pasal something yang belum pasti jadi . seperti 'saya dapat kereta mewah bulan depan' . padahal pinjaman bank pon belum tentu dapat .

8. Naikkan status yang betul betul hangat . walaupun kau tengah marah , tak perlu naikkan status yang maki hamun orang . nanti lama lama orang akan meluat dan pikir kau tu panas baran tak tentu pasal .

9. Letakkan info info pelik seperti nombor telefon dan alamat rumah . wahh ! berani betol ye .

10. Jawapan telus dan jujur ya amat . segala soalan dijawab dengan jawapan yang bendul seperti jumlah gaji yang dapat . ini pon bahaya tahu ! (angkat jari , angkat kening tanda marah )





hey ini betul betul lah . aku tak tipu . tipu kan dosa .
sume ni aku cilok dari majalah cosmopolitan di mana wajah hadapannya lisa surihani .
aku suka share something yang aku baca dalam internet atau dalam magazine
walauuuuuu....pun benda tu dah lapuk .
who cares .
sharing is gooding . ( aku tak pernah bercita cita nak jadi guru bahasa inggeris . inilah sebabnya ishhh.. )

December 28, 2010

sushi king's paling tak best .

hari ni pergi makan sushi dekat sushi king jusco .
first round okay .
ramai . memang ramai .
staf tak menang tangan nak layan customer .
nak order second round amik masa yang lama .
gua pon hangin la .
tapi gua nak order jugak .
gua tak puas hati .
biar banyak keje sikit dorang tu .

DSC06347
nasi rumput telur = rm2.50
bukan menu aku .


DSC06350
nasi rumput colourful = rm5
bukan menu aku juga . tapi aku cilok 2 .


DSC06342
ikan talapia goreng bersama mayonis = rm4
menu utama ! terfavoritaaa margaritaa .


DSC06351
ketam telur bersama timun kriuk kriuk = rm5.50
menu kedua dan ketiga .
tak paham ?
maknanya aku order dua . okay ??



but second round tinggal body part bawah je .
part atas kene pancung .
harus disebabkan oleh ketidakikhlasan staf dia buat .



dan jadi lah macam ni .

DSC06352
jangan pikir kotor !
ish ish ish .
pembaziran secara bergelak ketawa .
itulah bersemadinya body part atas . kasihaaaaaaaan :(






ada lagi 1 !
paul octopus mati buat kali kedua .
lagi kasihaaaaaaaan :(
isk isk isk .













DSC06353
betol kan apa aku cakap ?
jangan sekali kali cuba curiga terhadap aku .





nota extra : agak serius . KPTM ! result bila nak pamerkan macam aku pamerkan entri entri hot aku ni ? peluh ketiak sebaldi dah aku tunggu korang .

December 27, 2010

si comel yang isk..isk..isk..

DSC06308 copy

comel kan ? aku tahu .
tapi tengok ni . kesian dia .










DSC06306 copy

lokasi : masjid kuala kangsar

outing moments

DSC06294 copy copy

DSC06297 copy copy


DSC06276 copy


nota extra : TIRAMISU

1st impression : eh cite ape ni ade amani macam boring
2nd impression : kelaka bodo betol depa ni
3rd impression : alaaa ! apesal dah habes ni . hish ! potong stimbot lah !

December 8, 2010

MM TOP 3 di hati

hey ho ! mari cakap pasal MM . Mari Menari . sekarang dah minggu ke berapa , i'm not so sure . tapi aku baru je berjinak jinak dengan mari menari start last week . tak sangka hebat jugak dorang ni walaupun ada yang tak pernah menari pon before join that competition .

aku macam tetibe nak jadi judges from sofa . haha ! jadinya aku dah ada top 3 couple yang patotnya masuk top 3 . (err mari menari punya finalis berapa eh ? 2 ?? err 3 ??)

1. pasangan razif


dorang memang gempak . paling aku suka minggu fantasi cinta . eh ! tapi memang minggu tu aku suka semua pon . haha . meleleh gua bhai tengok air air titis dari bijik mata dorang . tacing sihot .



2. pasangan fahmi

yeah ! pasangan dia tu nampak macam guyish sikit kan . tapi dorang memang suwit i tell you . minggu fantasi cinta dapat lagu nadiku , memang lagi banyak lah company tisu gua call nak dapatkan stok tisu murah .



3. pasangan ariz

pasangan ini memang rasa nak kena tampa tampa betis . laki dia sangat hyper . tapi minggu fantasi cinta dorang kureng sikit sebab lagu agak fun fun sikit mulanya .


hope dorang stick together until death ! cewahhhh kan ekau . sejak bilo ekau pandai bagi nasihat bagai ni . takpe , incik gugel aja kan . haha . takmo jadi macam kebanyakan peserta SEHATI BERDANSA . kesian dorang . latest news or gosip i think , sein ngan nana pulak macam tengah drive on the highway ke mahkamah . ish3 .


taraaa ! MAAARI ! MENARI BERSAMAAA yeahh !









notaextra : eh ! nanti nak post pasal peserta DEWI REMAJA pulak lah teehee

December 7, 2010

(info) list halal dan haram di malaysia

tgi friday's


chili's

nak tahu halal ke tak ??




Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
-McDonald
-A&W
-Secret Recipe


2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
-Victoria Station
-Kam Lun Ta
-Lotus Family Restoran


3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
- San Francisco Steakhouse
- Chicken Rice Shop
- Kiwi Express


4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.

Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnyadisebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.


6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang manakedua-duanyaadalah halal dari segi bahan kandungan.

Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yangSemi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianyatidak boleh dipakai oleh orang Islam.Begitu juga sebaliknya.
**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambutkerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.


8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yangtelah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.


9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.


10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.



11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).


12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,


15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIMsecara khusus.


16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.


18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lainadalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIMdan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.


20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



aku berkongsi dengan blogger yang lain tentang info halal haram ini .
harap korang jangan parang aku okay :|
last two weeks pergi wangsa walk and first time tahu ada tgi friday's .
woyemji ! i'm too oldskool tak tahu isu isu moden masa kini .
naseb masa tu tak cukup duit nak makan . huhu

tapi yang aku tahu , ini HALAL .
insyaallah .
sabar sabar .
aku sedang berpuasa .



notaextra : credit to cik epal

day 9 'a photo of the item you last purchased'

continue with the challenge

sorry sangat sangat sebab dah skip beberapa hari challenge ini .
dah macam bukan kira pakai 'day' dah , dah boleh tuka jadi 'boringtimechallenge' kikiki .
tak skip , rasa happy saje , takot nak skip walau sehari .
tapi bila secara tak sengaja terskip , memang rasa heven lah masuk hari berikutnya .


so .... this it is . last item that i've purchased was REMAJA magazine . beli sebab nak hilangkan bosan dalam tren balik ke ipoh , sebab lagi satu . kalau ada orang duduk sebelah kita , bolehlah buat buat khusyuk tengah membaca walaupun kita hanya tengok gambar sahaja . dan betol , aku buat muka kerut kerut sebab minah sebelah aku memang sangat peramah . credit to her (tetibeeee , ye aku tahu tetibeeee) . and and and , dibeli bukan menggunakan duit orang lain bukan juga duit aku . tapi tapi tapi .

duit mak aku .
ye aku ulang sekali lagi , duit mak aku .
baiklah aku ulang lagi sekali , guna duit mak aku .
takpe lah , aku rasa macam nak ulang lagi setengah kali , it's my mom's money . get it ??


isu kali ni tak berapa banyak intipati cewahh ! tak banyak sangat tips tips atau gosip yang hangit suam suam kuku .


everytime REMAJA keluar , pasti ada part for blogger . bestnya lah kan kalau dapat masukkan blog kita dalam tu . lagi ramai orang kenal dan lagi ramai boleh tambah kawan . =)

kau jangan tak tahu , aku ni sangatlah peramah .
peramah dengan muka toye HAHAHA .






notaextra : rasa macam dah kurus sikit , tapi penimbang berat tak bawak balik laaa . camne camne camne niiii . nak try pakai penimbang tepung buat kek lah kot >.<

(gambar) hos coffee talk and hawker woks yang hot

jyeaah ! tahu tak coffee talk and hawker woks ? korang penah tengok tak ? dekat afc 703 astro .
apa ???? takdak astro ? tipu dosa ! even student sewa rumah pon boleh pasang astro , takkan orang yang bradaaa macam korang takleh pasang kan .

so aku nak cite pasal hos dia , sebab dia cute and funny sangat . lagi lagi bila guest dalam rancangan tu pon sekepala dengan dia . rugi sape tak tengok . makan banyak tapi kurus jugak .

episode with bryan . tadi siang baru tengok . dua dua ekoq kapla senget .

so aku pon dengan tereksaitednya mintak tolong incik gugel carikan foto foto dia . seee suma yang aku nampak sume cantek . tapi tapi !

dia ni seksa sikit kalau korang google pasal dia . oh ! nama dia fiona xie .


natural beauty gila kan ?










nak gambar lagi hot ??









































hoi ! tak baik tahu tengok seksi orang . heshh korang ni .

December 3, 2010

day 8 'a song to match my mood'

continue with the challenge


okay okay sekarang ni mood pelbagai okeh . well multipurpose orang kate . (ape kena mengena??)

1. moody
2. risau
3. tension
4. sedih
5. happy

sume tu ada dalam diri sekarang sumpah tak tipu , die datang silih berganti (cewaah kan kau ayat taknak kalah kan . takpe kau menang lagi sekarang) . papepon , aku ade beberapa lagu yang aku suka dengar sekarang dengan mood mood yang kepelbagaian ini kan , dah macam alien bunyinya . oh ! tapi alien mana ada feeling feeling kan . okay kensel nak goda alien . tuka tuka .



baik baik sayang by WALI BAND

lagu ni aku baru tahu inilah lagunya . tak paham ? lantak kau lah . haha . aku salu dengar dekat radio , tapi bila orang cakap lagu baik baik sayang , aku taktau and blur blur lagu yang mana satu . saje try youtube lagu ni , tup tup kompom ! lagu yang aku salu dengar . kesian kuno betol aku .

best part chorus dia boleh jerit jerit . haa dah lepas 3 mood aku yakni (huihh ! sastera sunggoh sekarang) moody , risau dan tension. NEXT !





your body is wonderland by JOHN MAYER

cute kan ? bukan dia ! tapi aku . kikiki =D

lagu ni akan hilangkan 1 lagi mood aku yakni (prof yana cakap) sedih . boleh joget joget kepala sikit. bukan macam clubbing tu , tu goyang gila bukan main . aku tak penah masuk club okeh ! (pengakuan dari pompuan tutop muka kene intebiu ngan michelle yeoh fulamak !) . NEXT !




suaraku berharap by LUNA MAYA

gambar ? taknak letak sebab die mengganggu ketenteraman zahir aku . sape suruh die lagi cantik dan ariel peterporn pilih die ? aku marah .

versi hijau daun dengar bila mood okay okay . but now bila mood happy dengar lagu ni , joget joget bahu pulak . haha . suara dia tak sedap kalau ikotkan . sape tak setuju ??? ciom kusi cepat . tapi suara die ala ala gedik tu yang terikut ikut nak goyang inul tu . halamakk habes lah inul marah aku pasni .

December 2, 2010

ktm masa kini memang best

tadi tengah hari keluar cari tiket train for my sis and my brade . pehhh ! ramai siot ! dulu hidop kat bangi naik tren je pergi balik , tak suka naik bas . dulu kosong je bila masuk stesen ketapi . sekarang ni haram la nak tengok staff die goyang bulu kaki . sumpah ramai .


aku letak parking for 30mins je , tapi tadi tunggu nombor dekat 40min jugak la . naseb tak kene saman . tapi taktau la pulak sekarang ni saman pon dah tuka , dorang anta teros ke rumah kan . hahaha tapii tak kot >.<

kan dulu aku penah cakap aku rindu gila nak naik tren kan sebab dah lama tak travel by public transport . tapi at last dapat jugak naik last week masa balik ipoh from kl . tapi tetiba macam tak best pulak , nak tahu kenapa ?

naik tu dah duduk sorang sorang feeling feeling baca magazine remaja kan . yelaa i kan remaja lagi . 19plusplus . HAHA ! tup tup nak gerak dah ni , datang pulak sorang minachi ni . baik memang baik , aku tak nafikan . rakyat malaysia , sume baik yeeah ! tapi hat tak baik tu , die kacauuuu betol lah daun aku nak baca magazine . dah la aku ni memang malas nak sembang bagai . dengan kawan kawan rapat pon susah nak sembang , ni kan pulak minah yang aku tak kenal . memang saje la kan . tapi takpe , aku layan kan je , naseb baik die cepat tido kikiki .

oopps ! tercerita kisah sendiri pulak . heh ! baca je lah , sian aku .
sebab sebenarnya aku nak cite pasal kejayaan ktmb sekarang je , bukan pasal aku pon . tapi nak buat camne , terlebih excited . hehehe =)


eh ! aku tak penah naik ETS lagi . camni eh gayenye ? alaa seat still sama , cuba tuka sikit , ade meja makan ke , ade magazine baru baru ke . baru berbaloi baya rm30 >.<


TAHNIAH KTMB ! peeeeewiiit !

December 1, 2010

day 7 'my dream wedding'

continue with the challenge

okay not so fav topic , but quite fav la jugak . hehehe
aku dah listkan benda benda yang aku ingat and aku nakkk sangat .

1 . INVITATION CARD

haruslah macam ni ! macam itu taknak . macam lain taknak . macam macam taknak . nak macam ni . macam ni jugak . simple ade flower flower banyak tapi still look simple kan . cantik sangat , takde la macam serabut macam kad jemputan yang selalu dapat tu .


2 . PELAMIN

nak pelamin macam ni . simple , elegent gitu . okay tak reti eja elegent tiba tiba . HAHA ! tapi macam ni lah gambarannya . cantik jugak kan ?peewit betollah !


ada pelamin mesti ada guest punya tempat kan . so nak macam ni . takmo macam kenduri meja panjang panjang . tak best . tak best . then guest sume kene ade kad masa nak masuk cewahhh demand kau !


3 . DRESS

tengok tuuuu . cantik kan walaupun simple sangat aku suka . sebab dia ada jaket . takde ropol ropol and senang nak urus . hee >.<
tapi if yang malay style punya , macam mana pon tak kesah asalkan ada sikit sikit modern style . kikiki mengada kan .


4 . CAKE

auwwhhhh so sweet . i dont like tingkat tingkat mangkuk ayun punya kek . macam 'L' . tak best tak best . sekarang kan style orang kasi cup cake je , sweet kan gitewww .
so aku nak ini jugak . yes yes ! simpan duit lagi .


5 . WEDD PHOTOS

i want to have profesional photographer for my wedding please . macam puan FEELA punya wedding . i looiiike ! siap ade video lagi . gambar banyak banyak boleh simpan kenangan masa matang bertambah matang nanti kan .



notaextra : sume aku cakap simple , macam mudah . memang la sebab aku taip je apa aku nampak and mahukan . nak kecapinya tu yang susah . and because of that i said it simple . kann . hehe .

resepi nasi goreng sukahati

okay chill la . jangan nak ngamok sakan la dok bising aku tak update kan . *macam ada orang nak kesah . haha .

aku outstation last week so baru ada mood and masa nak update miss blog . kesian kau kan tinggal sorang sorang . dah la sekarang ni orang dok bising pasal buff earn bagai padahal aku punya tak gerak gerak . okay gila tension tengok nuffnang . aku tak reti ! aku tak paham ! aku tak pandai ! . anyone , tolong aja aku . =(

oh yeah ! i'm alone for about two weeks . and yesterday aku masak nasi goreng hee malu betol masak nasi goreng pon nak heboh . wajib lah ! sebab aku bukan masak pakai perencah siap adabi tu , ceit ! tak main la wehh . resepi sendiri tahu .


NASI GORENG SUKAHATI

bahan bahan :
nasi sukahati banyak mana pon
kicap manis , masin
ayam , udang
sayur sayuran
telur
bawang putih
cili padi

cara cara :
masukkan sume gaul sama rata HAHA !



jangan ikot lah . sumpah tak sedap . tapi aku rasa tak sedap sebab ayam tu , yakks ! macam ayam dah lama , tapi mak aku cakap tu ayam baru . hurmm ~

kesimpulannya , resepi aku boleh tahan la , rosak sebab rasa tak sedap ayam tu je . kesal oh tiada guna :(



notaextra : aku tak reti masak . aku memang tak reti masak . aku sedih betol . and aku dah langgar pantang larang makanan sebab makan seafood and telur . omg !

November 21, 2010

day 6 'a photo of an animal i'd love to keep as a pet'

continue with the challenge

best topic ! teros kepada tujuan ye . takde pendahuluan merepek kali ni . ada banyak animal yang aku nak jadikan pet . aku amik beberapa je okay . sebab dia nak pon 1 je , sesekali tamak takpe . orang tamak selalu bagus ! haha .


1 . GUINEA PIG

tapi sebenarnya nak dua dua tu . comel . aku suka sume yang comel comel je . dah tak comel nanti buang haha . guinea pig tu apa eh bahasa melayunya ? emm google kejap .
okay dia cakap bila di translatekan ke BM dia jadi marmot . ish ! comel jugak laa nama . bak satu !

sebab apa aku nak jadikan dia as my pet ? sebab ini .




wah ! dia sangat aktif bersukan . i loiiiiike . walaupun buntal gemok gedempol dia tetap rajin bersukan .


wahh gagah perkasanya gemokgedempol ni . haa kan .

so sebab sebab untuk bela ia adalah sangat kukuh dan kuat hingga agak agak korang boleh meyakinkan sesiapa tak bagi aku bela ni ? hurm

tengok nama dia ! GUINEA PIG . pig tu babi ! homaiiiigooo . tak baiknya cakap babi babi babi . so tak dapat baa tu , dapat hamster pon boleh laa . kikiki ~



2 . TIGER WHOOAARHH


ni pon aku nak bela jugak bila dia kecik boleh pelok pelok ohhh bestnyaa . tapi takpe la , nanti aku mati lagi pantas . terima kasih . tapi kalau ada yang jinak lagi beberapa tahun dengan harga yang berpuluh puluh ringgit malaysia saja , aku amik 2 ! hehe .

tapi ni kalau dapat bela pon comel jugakk .






























































































akak akak ! nahhh pisang . monkey kau kasi aku tadi . heh !

last study group for 2010


semalam last kitorang buat study group for final paper for final exam for final second semester . sebab ipoh panas tika siang dan sejuk gila tika malam , kitorang decide nak buat dekat mcd . ade ekon tak bising panassss panas macam tak mandi kan .

last paper PENGAJIAN MALAYSIA . tadi baru aku buat . susah dem ! -.-' itu laa , lain kali amik past year banyak banyak , takat dua tiga mana cukup . aku dah cakap kau taknak dengar kan . padan muka kau .


sangat jimat semalam for the first time . kalau tak , duduk mcd je mesti nak itu nak ini . sangat baik tak sangka aku . haha !


err dia telah buat satu pengakuan semalam . teng teng tenggggg . sapa dapat teka aku bagi giveaway yang aku dapat nanti kalau dapatlah HAHA !

tak payah laa , bia aku yang cakap . dia cakap dia tengok paper aku masa exam before tu ! ciskeksecretrecepi betol . patut la aku buat exam rasa diperhatikan , tak tenteram aje .


ada 1 tips osem !




























kalau taknak air yang menitik nitik dekat cawan basahkan semua paper atas meja , buatlah cara macam di atas . tips khas dari kawan saya yang mukanya ada sedikit di belakang cawan itu . byebye dan selamat beramal :)