Showing posts with label sesi memboncet. Show all posts
Showing posts with label sesi memboncet. Show all posts

June 19, 2013

Hari makanan di yemyemyu


 Hai assalamualaikum!
Saya rindu adam :'(



Dah dah, bukan nak cerita pasal adam pun.
Nak cerita benda lain pulak.
Asyik adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam adaaaaaaaaaaaaaaaaaaam adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam je!
Tapi gua rindu adam :'(

Okay okay enough.
Cerita pasal makanan pulak.
Haaa ni best, sebab semalam (selasa), saya makan banyak gila makanan.
I mean kepelbagaiannya adalah sangat warna warni.




Taraaaa!
Orang tengok gambar macam biasa.
Tapi bila yang menelannya, mestilah rasa makan sambil rasa bersalah sebab sebenarnya si penelan perlu control makan.
Ni tak, main bedal semua dalam 1 masa.
Tak sempat yang adik nak hadam, dah masuk si nenek pulak dalam perut.

Semoga kau berbahagia wahai si perut dan sang lemak.

Tu cerita gembira semalam.
Ni cerita gembira hari ni pulak.
Dari pagi tadi bangga dengan diri sendiri.
Ingatkan sampai ke tengah hari je.
Tapi ni dah maghrib pun, dia punya bangga tu kemain menusuk dalam hati lagi.
Hahahahahahaha ayat sastera nak mati.

Bukan bangga sebab dapat deans list ke dapat nombor 1 dalam kelas ke apa.
Tapi bangga sebab dapat lukis and colorkan sebijik epal merah sendiri.
Guna tablet bamboo okayyyy!
Lepas tu lukis nak kayak orang peropesyional aja.
Hahahahaha.

Ye aaaa, dulu time sekolah lukis epal pun macam trace epal okay.
Nampak sangat tangan tak berseni.
I hate drawing class.
But not now.
Hihihi.





 Disebabkan jakun nak mampus, saya telah berjaya snap banyak gila gambar epal ni.



Okay toodles! Gambar boring tak dapat wifi dekat library :D

Rindu adam :'(



March 14, 2013

I'm not on diet

Isi perut kelmarin punya cerita.
Pagi pagi sekarang breakfast roti bakar dengan milo panas. 
Dah pandai ambik breakfast.
Kalau tak, dulu breakfast mimpi otromen.

Tengah hari pukul 3 bergegas pergi JJ rebut time 20% off for all sushi.
Aku ada bergegas, kau ado? hahaha bahasa melayu sangat okay.

Tengah syok syok chop chop kan ckt maki dalam mulut, PELEPAPPPP! 
Kicap bercucuran kat tudung and baju and muka and meja and yang pasti bukan aku. haha
Qla ni excited sangat kot nak belahkan tamago bagi jadi dua.
Kan dah pakai bedak compaq souvenir dari sushi tu. Ish ish ish.
Last last tamago tak terbelah dua, chopstick yang terbelah. Deng!



Then malam pulak terus ambik mak dari office dan dinner kat rasa sayang tomyam.
Sebenarnya malam dah taknak makan berat, sebab tak exercise, so nak cubalah reducekan pemakanan harian. Takdelah gedempol berlebihan nanti.

Cuba okay cubaaaa.

Dari nak kurangkan portion makanan tu kan, last last ambikkkkkk.



Thats not mine btw. I order nasi putih setengah and telur bistik.

Tu pun makan nasi tak habis.
Nasi nangis, but my tummy is happy wonderland sebab tak consume kuantiti yang banyak, yang sedang sedang sahaja je.


LOiiii lupa! sebenarnya pagi tu tak makan roti bakar SAHAJA, tapi makan 1 whole twister kfc. hewhewhew. Rasa bersalah sekarang. Tapi tu cerita kelmarin, kisah lepas jangan diungkit. Ye dok? wiwiwiwi.

I'm not on diet, but i'm trying to consume less than before.




Montage terakhir tanpa pergerakan.




February 25, 2013

Lepas gian dengan Sushi

Bleeeegies!
Hari ni dapat jugak makan sushi.
Bangun tidur pagi tadi terasa nak makan sushi yang amat sangat tak terkata tak terucap. Gituuuu.


Dan sekarang burpppp alhamdulillah.
Dapat isi perut dengan sakana fry, ckt maki, crab stick.


Nyum nyum.
Kalau la pandai buat sendiri kat rumah, jimat seploh henggit.
Service charge dengan tax dah kompom kompom peghiiii aje.

Assistant si qla pun ada. Hihik.


December 6, 2011

RM23 di pasar malam boleh layan 2 snackplate

nampak ?

nampak sedap kan ?
memang sedap !
tadi pergi pasar malam berdua , selamat dah rm23 .
tahniah yana kerana bersikap boros . tahniah ! :)



December 4, 2011

i'm not pregnant , it's just my throat request

hello bloggees .

i'm not pregnant .
my stomach is still flat .
and i'm happy to see it .
but I'M CRAVING FOR THIS !
SERIOUSLY .
i'm dying right now :'(

cordon bleu
tak pernah rasa lagi tapi ramai cakap sedap .


but i prefer this one .
takut nak cuba cordon bleu sebab takde sauce .
yang ni ada black pepper sauce .

omaiomai ! kenapa aku blog pasal ni :'((





August 16, 2011

Tururutii on Thursday

fuhh fuhh fuhh ! nak tau aku buat apa ?
aku tengah tiup habuk dekat blog . sebok sangat buat gosip bulan puasa kat luar , lupa pulak nak gosip dekat MT . ohh betapa dosanya diriku .

minggu lepas jumpa shera dengan zahiril dekat JJ . shera cantik , zahiril entah . hahaha . oke diam , cite tu tak best . tak mengenyangkan .

cite ni baru best . cite ni baru melazatkan . cite ni baru mengenyangkan . cite ni baru boleh buat duit dalam akaun merudum jatuh . dan cite ni jugak baru boleh buat aku lagi sayang kawan kawan aku . eh ! tersweet pulak tetibe . ish !


DSC06964

yeayyy ! dapat makan tururutiii . second time baru . tu pon pakai duit orang . yelee , takkan beruk nak kasi pinjam duit pulak kan . ye idak . thanks ayah ! first time pon pakai duit orang anak ayah jugak , thanks kakngah . third time tah sape pulak sudi nak kasi duit kan .


DSC06965

kalau la tururutii ni buat buffet bukak puasa , memang ni la tempat paling osem aku akan cadangkan untuk majlis berbuka mentor mentee aritu . hahahahaharapan . oh partner projek satu IMA , goodjob man for the presentation . ape aku mengarut ni . hahaha ! okay la kan , takde la kene kutuk banyak sangat kan . thanks sebab tahan dengan tidur 5 minit dan pejam mata 50 minit setiap malam semata nak siapkan projek tu .


DSC06973

ini geng gendang gendut tali kecapi , kenyang perut jom balik ! tak boleh nak senang hati sangat sebab kecewa tak dapat nak refill . ada orang tu siap nak pergi refill yogurt lagi . pang nak FARAHIN SHAH ??? kau hengat ni mcd . segan ahkak . naseb baik ahkak duk jauh dari kau .


Photo0019

haaa ekau ado gambar cenggini ? aku ado . siap bersila lagi . hahaha ! orang melayu en , tu belom lagi tunjuk skil lipat kaki atas tikar . heee :D


Photo0024

sang timba tu EE . dia sorang je la timba yang aku sayang . caring tak hengat . gelak lagi laaa tak hengat . nak amik gambar , nak muka comel je . tak kasi ahkak menang langsung . nyampah !


we

yeay ! family tree . hahaha




June 12, 2011

Intai Intai Restaurant Ampang

helo happy wednesday and boring wednesday .
jom ! cite pasal makan lagi . teehee :D


just nak share 1 restaurant ni .
cik baha a.k.a warden AF 1st sesason tu . ingat lagi takkk ??
haa dia lah owner restaurant ni sekarang .
masa kitorang lepak makan tu , dia ada .
not bad laa . peramah jugak :)
siap masuk jalan jalan cari makan lagi yu oll .

04
scene pon dah menarik kan ? santai je . takde bising bising .
*memang lah , dah aku pergi sana pukul 11 lebih . dah nak tutup dah pon . hahaha !*
tapi best lah , lepak ramai ramai dengan family buat family dinner mesti osem .


DSC00129
menu book .


DSC00130
air dia macam macam jenis ada . nama nak glam aje =.='


16



05



06
ouh ! ni tak osem sangat . kedai sarini dekat tanjung mas lagi osem maveles baq angg .


07
bihun tomyam . si kakak punya dish . dia cakap sedap , aku tak rasa sedap sangat pon sebab tekak masa tu memang bukan untuk something yang masam .


08
nasi goreng patayya . si adik punya . quite okayy :)


09
nasi goreng special intai intai . aku punya . sedap sangat !
but before tu tanya dengan waiter tu mana food yang best kat sini .
dia suggest amik ape tah namanya something 'thai' lah .
tapi aku tetap nak try n.g.intai intai ni sebab nama dia macam best je .
dia cakap , dia tak suka nasi tu sebab die tak makan seafood .
tapi nasib baik tak dengar suggestion dia tu , at least dapat jugak aku makan makanan sedap malam tu .

ni sume di-sponsor oleh si maksu yang baik hati . thankss ! :)



notaextra : only for 1 day , macam takde makne je . tak payah la wujudkan 1 day tu kalau macam tu . buat susah susah je . *notaextra aku selalu lari dari topik kan ?*