Showing posts with label jalanjalan. Show all posts
Showing posts with label jalanjalan. Show all posts

February 24, 2013

Kinta Riverfront @ i-City Ipoh

Well Hello Hello Hola Holi kuberi nama saudara saudari cikeboom cikeboom!
Long time no see people. Eceh!

Kat instagram busy semua nak main hashtag throwback, saya main hashtag kat blog je. Hewhewhew.
Jom throwback sikit.
Last few days, paraen balik ipoh so kitorang plan nak lepak siang.
Alkisahnya  saya sakit perut gegila siangnya, so plan berganjak ke malam.
Paraen nak spend time dengan kitorang dekat i-city. Ayat nak manis je kan spend time katenye haha. Ni i-city bajet kat ipoh la tapinya, bukan kat shah alam tu. I-city ni takde snow world. Oh syiokkk mantopnye dapat main snow world. Double sobs~~






Ipoh dah rock the vazz kebaboom! 
Saya bangga jadi anak jati ipoh. Eh! Hihik.


Lepas tu pergi dataran kengkonon nak cari burger bakar.

Dalam twitter ada terperasan orang check in burger bakar rawang kat dataran kat ipoh.
Dengan yakin bergaya, pergi la dataran ipoh cari, yang jumpanya burger biasa je.
J call member dia, baru tahu dataran yang orang cakap tu dataran sunway.
Dekat gila dengan rumah i okay!
Dah bertahun lalu lalang situ hari hari pun taktau kat atas sunway tu ada burger bakar tip top. And and tak tahu ia dipanggil dataran. Pity me pity.




Yeayy dah jumpa.
Lepas mengidam J, takde la batu belah batu bertangkup anak tekak J. Haha.
Saya tak beli pun sebab perut full lagi dengan kueyteow sempoi makan before gerak ke ipoh tu.

Tengok banner dia, amboi namaaaaaaaaaa.
Glamor okay.
Masa tengah order tu, ada abang ni nak bayar burger dia.
Dia cakap la burger yang dia makan.
Kitorang kat depan tu dah tak tahan gelak dah, main lepas gelak je.


'Bang, burger double riang 1, burgmbira 1'


Okayyyyyy itu kelakar okay! Bagilah nama lain.
Kalau aku hari hari nak order camtu pun aku tergelak.

Okay sudah cukup sudah.
Tak baik gelakkan orang.



August 8, 2012

Iftar yaa Ramadhan Jem's

Assalamualaikum and Hello!

Pehh pehh pehh, rindu angat nak menaip tau!
But since masuk practical last month, memang jarang ada mood nak menulis and ada masa nak bukak blog.
Bukan tu je, lagi sedih bila takde masa nak berbuka dekat rumah and pergi terawih sebab kena kerja sampai malam. padahal practical je.
Boleh faham tak macam mana beban yang ditanggung hati ini?
Pehhh gua bersastera pulak subuh subuh ni.

So! sebab macam excited gila nak buat entry pasal iftar dengan jem's ni,
aku macam gigih jugak la duduk bertenggong semata sementara nak tunggu subuh ni, sebab kalau tidur memang lebuh cite dia kan.

So yeah, last monday, kitorang dah spend the whole night dekat Aeon St.18 berbuka and jalan-jalan cari barang sebab merata-rata aku nampak 'SALE' word. lagi-lagi 70%. Gini haaa mata! O.o'
Tapi yang sale tu la yang jauh dari hati, yang dekat di hati semua 'new Arrival'
*memilih baq ang!*
Last-last berjaya rembat kasut, konon alasan untuk raya.
Tengok lah raya nanti, confirm kasut lain yang dipakainya.
*petikpetik jari*


We're having so much fun since dah lama gila kitorang tak lepak gelak story itu ini, sebab kitorang practical separately. Masa dekat kolej dulu, tak pernah berenggang, pergi mana-mana pun mesti berlima.
Aku dengan gee, J dengan paen and EE.
That's why aku selalu rindukan J #eh!


Venue pilihan sejak berabad, Kenny Rogers Roaster. So hai! Meet the girls.


She's my colleague. My ex classmates. My fighting mate. My camera mate :)


He's my Boy Friend, Jahiyoi. Satu-satunya laki yang rasa perlu dihentakkan kepalanya bila guna Eepad sebagai alat komunikasi seperti telefon bimbit sambil jalan dekat tempat orang awam. Buat malu gua weh!


Meets Jem's. Sorang je laki, sebab apa? Sebab dia Boy Friend kitorang jugak #eh! Sebab dia je yang faham jiwa kelajuan kitorang :)



Say cheeeezeh!


Lastly, jamilah I Love You!

Hahaha. Till we meet again friends. Rindu korang balik tahap gaban.
Raya nanti datang rumah tau.
Sila print screen entry ni sebagai kad jemputan dan bawa bersama ketika hadir pada jamuan hari raya nanti.

January 8, 2012

New Year Trip


hello ! lama sangat dah tak update dengan pictures , kan kan kan . mesti rindu kan kan kan *muntah ! selalu update guna barang pinjam je , so tak boleh nak masukkan picture , sekarang dah boleh update dengan laptop macam sendiri punya jugak lah , and atas katil sendiri punya jugak , walaupun payment katil ni mak yang buat muehehehe .

so i nak story pasal vacationnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn . haa macam best kan dengar bercuti cutan ni , tapi memandangkan aku ni jenis kurang berperasaan sikit , so-so laa trip kali ni .
but thanks to MAK + AYAH !

first kitorang pergi melaka > johor > singapore
tapi aku dah silap susun gambar lah ! aku pergi susun jb dulu baru melaka , ahhh bantai je lah kan ? aku ni bukan perajin sangat nak buat kerja namjuta kali .


we've been here :)
JOHOR PREMIUM OUTLETS
tempat dia sangat sangat sangat cool , nak pergi shopping dekat sana kena ada credit card yang berjuta , cash yang berkepuk kepuk and kesihatan yang baik sebab tempat dia quite big , and barang dia branded lah , teringat bicester village london . *kau nak poyo pulak kat sini kan ? haha !


JOHOR PREMIUM OUTLETS , check it out .
korang google lah BICESTER VILLAGE , suasana dia lebih kurang laa . so kalau nak dapat feel feel shopping oversea , boleh kasi gegar JPO , hihih .


aku shopping mata je sebab cash tak berkepuk kepuk macam mak datin kan .
lagipun aku tengok ramai yang keluar dari JPO tangan kosong , tak pun bawak air . haha ! ramai pergi sana pun nak survey , usha usha barang , jalan jalan .










aku suka gila kedai chocolate ni ! ada angry bird ehem , somel kan ? i mean burung marah itu lah , aku malas laaah perasan sendiri . hahaha karang ramai pulak cari besen nak muntah kan .




tempat tempat macam ni je aku dapat telan starbucks , sebab mak aku memang anti starbucks . nasib baik ada abang yang meyakinkan heheh .


next : MELAKA , bandaraya bersejarah dan agak sempit .
kenapa aku suka kondem negeri lain ? sebab aku memang sayang gila dengan IPOH . heee :D


search lah kedai asam pedas yang best dekat melaka sebab mak teringin nak makan asam pedas . and dapatlah 1 kedai ni dekat dataran pahlawan , pehhh customer dia memang ramai , sampai orang sanggup berdiri tunggu meja kosong . nak makan pun kena share share meja kalau still muat . kedai dia kecik je pun , tapi memang padat . tengok siap ada gantung frame singgah shur dengan jjcm lagi .
tapi tapi tapi , asam pedas dia memang 3/5 . tak sedap pun kot , macam mana boleh ramai gila ? aku macam sangat pelik gila ya amat susah nak cakap , haha over kan ?

dah lunch , nak kasi turun lemak pergi kaki pulak kan , so jalan kaki pergi jalan dekat dataran pahlawan . berapa banyak kau nak jalan jalan jalan daaa . kitorang naik menara taming sari , aku tengok semua orang macam excited terlebih je , elehh , jangan nak buat muka teruja sangat boleh tak korang ? aku tak suka tau ! sebab masa tu aku tengah tetibe ada masalah , haha so aku takde perasaan pun naik atas . but still bila nampak camera je , automatik nak senyum hahahah fake kau tahu tak .




eceh ecehh konon gembira lettew , nyampah !




view dari atas , cantik kan ?


then malam naik cruise , tapi junior cruise lah haha . dekat river cruise .
kalau naik cruise tu nanti lalu macam macam belakang bangunan , tapi belakang belakang pun cantik okay dorang punya decoration . ada 1 building tu pehhh cun gilaa painting dia . abang aku cakap tu maybe guna digital painting . apa mende tu pun aku tak tahu lah kan , aku ye kan aje . hahaha . alaaaa macam dalam 1 episod masterchef yang dorang naik cruise kat melaka tu . cewahh ! kau nak mention jugak kan ? muehehe .


next : SINGAPORE , the lion kingdom
sukahati aku je nak letak the lion kingdom , ada aku kesah ?
nak pergi sana memang tak buat banyak research sebab ingat nak jalan jalan macam tu je .
tapi orang cakap kalau pergi singapore , wajib masuk universal studio . tapi kitorang tak masuk pun sebab ada yang taknak masuk , so better semua jalan kat luar je kan . nanti macam tak best pulak half masuk , half terkinja kinja kat luar . wah bahasa kau ! hahaha

signboard dekat singapore memang susah gila nak ikut sebab tak banyak signboard tunjuk arah jalan pun , tapi kalau board nama jalan memang bersepah . asal kau jalan depan sikit je , haa berubah la nama jalan tu . asal kau jalan seminit depan sikit , haa dah ubah lain pulak . so aku masuk sana pun , memang keje tidur dalam kereta kan , sebab fening gila amat dengan orang dalam kereta muka tension je cari sentosa island tak jumpa jumpa .
baik aku tutup mata dengar lagu , nanti bukak mata taraaa dah sampai . haa takde nak susah susah hati :D tak berguna kan bawak aku jalan ? siapa suruh bawak ? hahaha




VIVOCITY , mall yang superb besar . kalah times square kot . err =.=


phoneman , kau hado ?


yeahh ! dah jumpa tempat beli tiket sentosa island after 2 hours jalan dalam vivocity macam orang hilang akal . tanya orang dekat singapore sendiri pun , ramai tak tahu . apalaahh yang korang tahu eh ?

sentosa island ada 3 destinations , naik monorail , bayar 3 sing je , boleh jalan pergi semua tempat dalam tu , jalan je lah . kalau nak masuk semua tempat kena bayar package dia . mahal lah jugak .


kalau suka tengok laki ber-spendar , and perempuan ber-bikini , silalah menjamu mata di sini . hahaha


aku terlambat flight laa , kalau tak boleh join beach party *astaghfirullahalazim


teraaa , tempat paling susah nak ambil gambar sebab ada makcik ni macam suka halang orang . very the pffft .


aku boleh cakap lah , trip pergi singapore memang tak pakai banyak duit . sebab kau akan beli fridge magnet / keychain / tshirt ILOVESINGAPORE je . haha ! sukahatiii kau je .


teraaabye ! :)

apesal bila dah post , aku rasa macam panjang gila je aku bebel ni ? huh !





December 9, 2011

here i come bebeh

i'm going to

PENANG !

okay malas sebenarnya ,
tapi kesiankan adik ni .
ku gigihkan jua :D