June 30, 2013

Tak boleh fokus kerja


-- Doing assigments --
-- Doing research --
-- Listening to songs --
-- Chit chatting with collegue --



Suddenly feels like missing something,

Auntie rindu Adam :'(




June 27, 2013

Friday I'm in love with Adam




MORNING! (11.42AM)

Nono! Bukan baru bangun. Nono! Takmo tuduh takmo tuduh. Morning to all bloggers je sebab baru on laptop nak update. Kalau celik mata tu, pukul 7.30am lagi dah bangun cari Adam.

Lepas daddy dia pergi kerja je, auntie dia take turn. Hehe.

Sekarang Adam tengah menyusu, tadi masa dia berjaga macam merengek rengek sikit, sibuk nak suruh dia tidur. Kejap lagi bila dia dah tidur, tengok laaaaa. Mesti aku kacau dia suruh bangun pulak. Hahaha

Adam tengah tunggu auntie qla dengan tok dengan nenek ni, bila dorang nak sampai ni.


June 25, 2013

Majlis Aqiqah Muhammad Adam


Hello assalamualaikum.
I'm back with photos entry! Taraaa...

Sabtu lepas, ada majlis aqiqah Adam, yakni (yakni hokey) majlis naik buai camtu la dekat Ipoh.
Takde buat cukur cambul pun, sebab tak jumpa jambul Adam yang nak dicukur tu (okay tak kelakar yna).
And I think most of the time on the event, I was holding the camera.
Gigihnya aku angkut kamera tu.
Tu pun sebab Adam, kalau wedding, koser sangat kan!
Kalau wedding pegang kamera, merasa sangat lah muka kau nak selit dalam gambar memori hari bahagia tu nanti.



Buaian, backdrop, semuanya selfmade.
Backdrop tu mostly saya punya idea, and adik and kakak tolong tacapkan lagi.
AND I LOVE THE FINAL RESULT OF THE BACKDROP GILA BABIK!
Memang dah lama usha pelamin event yang gunakan kipas kertas tu, tapi masa tu macam takde event pun yang memerlukan pelamin untuk diubahsuai.
Dah ada event ni, terus grab the chance nak volunteer bagi idea.
Muehehehe.
Even simple and tak banyak, tapi puas hati la, sebab event pun kecik je.
Berpada pada la, kang terover karang, orang kampung sakit jantung pulak nengoknya.



Buaian pun selfmade by my mom.
Mak memang suka buat decoration macam tu sendiri.
Hantaran pun dia buat sendiri, puas hati katanya.
Dari hantar tempah dekat orang, then kena beratus ratus tapi hasilnya tak memuaskan.
Sebenarnya bukan buaian pun, just guna stroller je. Haha.
At first I was not really agree with her idea, sebab macam tak best la takde buaian gerak gerak (macam event anak aku pulak rasanya).
Tapi dah last minute, and tak boleh tolong pun nak cari buaian semua (sebab balik dari kampus sehari sebelum event), so just go on with the idea, using stroller.
And finally, lepas mak siapkan semua tu, macam PEEEEEEEEEEEEEEEEHHHHHHHHH! hebat gila mak gua.
Stroller turn into buaian aqiqah *tepuk tangan*


 

Ni lah Adam, ni masa handsome sikit.
Sekarang handsome banyak, sebab dah jadi stok abang abang botak. Haha.
Oh ya, Adam ni anak buah saya, anak kaklong.
Our first baby in the family, tu yang semua adik beradik dengan ayah mak sekali macam sayang gilak babik kat budak ni.



Mumsie and the marhaban's team



Orang tua tua kata kalau naik buai, adat la ada tali untuk konon goyangkan buaian tu masa tengah marhaban.
Tu yang wujudnya tali macam rambut rapunzel tu (err rapunzel kan yang rambut panjang duduk dalam castle tinggi gila then tunggu putera raja tu? hmm?? okay lantak!).
Tapi aku still geli dengan benda tu.
Macam rambut orang pastu buat dandan.
Hahaha masa sekolah selalu la main rambut kawan buat dandan kan.



Para makciks kemhoring


Okay tu bukan muka Adam cakap tak suka, tapi muka dia cakap 'Sekiusmi, jangan nak pose pose over dari I eh korang. Eh sape suruh korang over. Eeee sakit pulak hati kite!'


'Okay tidur lah, malas layan' - Adam
Ni la padahnya dapat makcik makcik atau kata sopannya lagi, aunties, yang muda muda jiwa gila gila ni.


Nahhhh my favorite pose. I love you botak!



Ni totally kerja mak dia. Saya tolong snap gambar je.
Mak dia pun bukan betul sangat, lagi gila dari kitorang ada lah. Haha



Family potrait



Mummy - Adam - Daddy
Emmm don't you love the backdrop??? (tak habis lagi! Hahaha)



So Adam, I dah preparekan your backdrop (nak selitkan jugak lagi) sampai pukul 3 pagi, you jangan mengada ngada tak kenang budi I eh, nanti dah besar jangan mengada nak berlagak sana sini (takde kaitan).
Eh! macam ugutan versi telemovie pulak.
Haha.


Muhammad Adam,
Be good, be handsome. At all the time.

Toodles <3 p="">

June 24, 2013

Luahan hari selasa

I'm so stressed up with mr. erwin's class report.
Satu apa pun tak buat.
Eh no! Ada buat sikit.
Kopipes image and wiki from google je. Muehehehe.
Kejap lagi kelas dia pukul 2, nak kena present bagai.
And not all of us kena present, who's very very the very very veryyyyyyyy the lucky and charming guy and girl je kena present.
Harap harap la nama tak kena panggil hari ni.

Bila naik tengah hari, bahang makin terasa, jerebu makin mengganas, makanya kepala pun makin berdenyut denyut.
Doakan kelas hari ni kedua duanya baik baik sahaja berjalannya.


Amin.







Teaser : Majlis Aqiqah Muhammad Adam


Assalamualaikum


Toodles XD



June 19, 2013

Hari makanan di yemyemyu


 Hai assalamualaikum!
Saya rindu adam :'(



Dah dah, bukan nak cerita pasal adam pun.
Nak cerita benda lain pulak.
Asyik adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam adaaaaaaaaaaaaaaaaaaam adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam je!
Tapi gua rindu adam :'(

Okay okay enough.
Cerita pasal makanan pulak.
Haaa ni best, sebab semalam (selasa), saya makan banyak gila makanan.
I mean kepelbagaiannya adalah sangat warna warni.




Taraaaa!
Orang tengok gambar macam biasa.
Tapi bila yang menelannya, mestilah rasa makan sambil rasa bersalah sebab sebenarnya si penelan perlu control makan.
Ni tak, main bedal semua dalam 1 masa.
Tak sempat yang adik nak hadam, dah masuk si nenek pulak dalam perut.

Semoga kau berbahagia wahai si perut dan sang lemak.

Tu cerita gembira semalam.
Ni cerita gembira hari ni pulak.
Dari pagi tadi bangga dengan diri sendiri.
Ingatkan sampai ke tengah hari je.
Tapi ni dah maghrib pun, dia punya bangga tu kemain menusuk dalam hati lagi.
Hahahahahahaha ayat sastera nak mati.

Bukan bangga sebab dapat deans list ke dapat nombor 1 dalam kelas ke apa.
Tapi bangga sebab dapat lukis and colorkan sebijik epal merah sendiri.
Guna tablet bamboo okayyyy!
Lepas tu lukis nak kayak orang peropesyional aja.
Hahahahaha.

Ye aaaa, dulu time sekolah lukis epal pun macam trace epal okay.
Nampak sangat tangan tak berseni.
I hate drawing class.
But not now.
Hihihi.





 Disebabkan jakun nak mampus, saya telah berjaya snap banyak gila gambar epal ni.



Okay toodles! Gambar boring tak dapat wifi dekat library :D

Rindu adam :'(



June 18, 2013

Wordless Wednesday : Keep calm and shisha






KEEP CALM AND SHISHA.
KEEP CALM AND THINK OF MR RADZI.
KEEP CALM AND THINK OF MR BAD.
KEEP CALM AND THINK OF MR ERWIN.
KEEP CALM AND JUST GO TO SLEEP.
LETS FORGET ALL THE HOMEWORKS.
(haha)



Their voice.




IN LOVE.


June 17, 2013

Tuesday morning

Let me tell you that I love you,
And i never wanna wrong you,
Take my hand baby,
Come go through with me.
My life is incomplete without you.
#sotd (song of the day. haha)

MORNING!

It's 9.30am, and my class will be at 2pm.
Saya dah penat tidur je dekat yemyemyu ni.
Tak tidur, layan movie online.
Tak movie online, layan game budak budak.
Oh meyyyynnn.
Kalau boleh baca isi hati roommate, mesti diorang kata kerja aku ni asyik laptop-tidur-laptop-tidur.
Takde kerja ke assignment ke apa ke budak ni.
Keluar bilik pun jarang.
Bila ada class je baru keluar bilik.

Ye, saya jarang keluar bilik.
Sebab sekali saya keluar, habis aaaahhhh....semua saya nak beli kat luar tu.
So better keep calm and stay in the room with nutella and biscuits.
Hehe.


Adam and MMU


Hello, Assalamualaikum.
Lama gila tak update. kan?
Okay bohong sikit. last update last week.
Tu update pantas masa on the way back home naik ets.
Boring kan. then dengar lagu dalam phone (yang dah lama tak dengar since masuk yemyemyu ni). lepas tu mulalah teringat kisah 'kegemilangan' dulu.
Dan tercetuslah post yang before ni tu.

Ecehhh, ayat mukadimah kemain panjang. isi apa pun takde.

Lets start the 'ice breaking' with the story from yemyemyu girl (poyo nak mams! dengar macam student lim kok wing punya ayat. haha)

I've been here, in yemyemyu's hostel for 3 weeks since the first day of orientation.
Yemyemyu best. but not so for me.
Because at this time, I wanna be at home, and I should be at home, with my lil adam.
Penat gila kot tunggu bila la kaklong nak beranak ni, kemain lama baby nak tidur dalam perut tu.
Ngada betul!

Dah lama gila tunggu tu, takkan bila dah keluar, tetibe terpaksa berjauhan pulak kan.
Sengsara gila time nak register hari tu.
But at last, saya dicampakkan di sini juga.
Pada masa yang saya pun tak jangka.
Ye lah, dapat offer letter pun mengejut.
3 4 hari je tinggal untuk prepare everything before jadi budak asrama sepenuh masa.

But i managed to survive here.
Almost everyday kaklong will sent me pictures of adam levine.
That's why tak rindu gila nak mati.
Hilang la sikit rindu walaupun malam malam sedu sedan bawah bantal senyap senyap. 
HAHAHAHAHA.





Class, okay.
Friends, okay.
Time table, HEAVEN!
Isnin, 1 kelas.
Selasa, 2 kelas start after 2pm.
Rabu, 1 kelas.
Khamis, 2 kelas.
Jumaat, ada apa dengan kelas. Haha!
Jumaat takde kelas, Khamis malam dah boleh balik dah. Ohhh sorganya sem ni.




This is my adam levine bermuka muka.
Sebab dia punya mimik muka tu kemain pelbagai.
Menyampah tengok.
Rasa nak picit picit dagu double chin dia. Eh! Over pulak, anak orang ni. Hahaha.




p/s : I do love babies gila nak mati. Siapa punyai anak kecil, sila berhati hati bila berjumpa saya. Toodles!