January 28, 2013

Resepi : Gulai Lemak Kacang dan Udang



Gulai lemak kacang dan udang
*senang kan nama? Ikut apa ada dalam tu je. kalau nak glamor lagi, letak nama Gulai lemak santan kacang dan udang berdaun kunyit. Haaaaaamik!


Bahan kisar : 
20 biji cili api
4 ulas bawang merah
Setengah ulas bawang besar

Santan (sebiji kelapa)
Kacang buncis
Udang 
Garam 
Gula
Daun kunyit
Serbuk kunyit

Cara-cara :
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
2. Masukkan santan dan serbuk kunyit sedikit. Kacau, jangan tinggalkan nanti pecah minyak.
3. Masukkan daun kunyit 3 helai, garam, gula dan kacang buncis.
4. Dah elok masak, masukkan udang last sebab udang masak sekejap je.
5. Setel!







January 27, 2013

Nenda's birthday celebration

Hola holi cikeboom cikeboom! haa dinanadzir sangat tau.

Cerita belum basi sebab belum post lagi, tapi kejadian dah expired sebab dah 3 hari baru nak cerita.

So hari maulidur rasul khamis lepas, that was on 24th, kitorang buat a small birthday celebration untuk tok. Kengkonon suprise la jugak sebab birthday dia dah celebrate sekali dengan birthday qla 13 jan hari tu, so dia takde la bajet bajet sesape nak buat apa apa pun kan. 

But it's not a birthday celebration with all the balloons, cake and candles, soft drinks, cupcakes and all that kind of stuff. We just make some simple dishes for our lunch. And tok tak tahu pun kitorang buat semua tu, dia ingatkan masak lauk macam biasa je then hantar lauk kat rumah dia (kalau masak, selalu hantar lauk kat rumah dia sebab tok dah tak masak, it's time for her to get her best rest).

I bangun pukul 9.30 then pukul 10 baru start masak semua, tetibe around 12.30pm tu semua macam dah siap, I pun macam terkejut sebab tetibe cepat pulak masak. Boleh masuk masterchef ke idoookkk? hahaha

Bihun goreng je sebab semua ajet ajet on diet. Konon lah kan.


Rendang ayam. Yang ni tetibe rasa tengah buat preparation untuk open house masa raya. Okay over kejap!



Sagu for dessert. Siap dalam cawan berkaki hokeh. Angkut ke depan ke belakang.



Taraaaaaa! The pulut cake! Mak decorate lepas tengok blog maria elena. Tapi mak buat tulisan jawi. Tengok sekali macam LV, tengok dua kali macam LV pulak, tengok tiga kali pun macam LV, tengok berkali kali, LV la woiii! huiyooo tok punya kek LV...... O.o

Tapi kalau tanya motif, mesti orang baru tau tu nombor 76 dalam tulisan jawi. 
*udang tetepi tu sedap gila, i yang banyak makan udang tu hehe*



Sebabkan tok demam dan tak larat nak datang rumah, so kitorang decide nak berkelah kat rumah dia je.
Haaa hamik semua angkut dengan air pun buat siap siap sebab nanti nak terus letak kat meja depan je masa tok buat buat busy kat dapur. Bijak ke idoook? haha



Bila dah susun susun, memang.....memang simple ya amat!
Dah cantik tip top semua, semua orang pergi depan tv then ajak tok tengok tv sekali.
Dia datang depan je, tengok meja terus senyum senyum, tapi nak nangis lettew *tapi dia takde buat muka nak nangis pun, ke aku yang over ni? err*





Cucu yang lebih-lebih. hahaha!



Selamat hari lahir tok!
Our prayers are always with you :)




Last! stok cucu gegel due hekoq yang tok sayaaaaaaang gila, selalu panggil nama kitorang.
Selalu buatkan breakfast kitorang bila kitorang tidur rumah tok.
Selalu biarkan kitorang tidur sampai pukul 10 pagi.
Hahahaha.



January 25, 2013

Resepi : Telur Masak Kicap


Selamat petang semorang!
Lepas masak mood terus okay, hidung and tekak are getting better.
Tetibe masak kan, bangga kejap lepas kesian tengok abang ayah qla dan diri sendiri yang kebuluran.

Simple menu today yet i love it.
Resepi kakngah.




Bahan-bahan :
5 biji telur
3 ketul ubi kentang (we called it as ketul right???)
Kicap manis
Kicap masin
1 sudu cili mesin
1 biji bawang besar
Garam
Gula

Bahan tumis :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu kecil lada hitam


Cara-cara :
1. Goreng telur macam biasa, ketepikan.
2. Tumbuk semua bahan tumis dan tumis dalam minyak sedikit.
3. Masukkan cili mesin. Kacau dan masukkan kicap masin dan kicap manis (kuantiti ikut suka, bajet bajet macam pekat hitam elok tu okaylah).
4. Tambah air 1 cawan.
5. Masukkan ubi kentang dan biar masak sampai ubi empuk.
6. Masuk garam dan gula, rasa dah okay semua, campak telur dan hirisan tebal bawang besar. Campak okay! Tak campak nanti tak jadi.
7. Yna tacap resepi sikit, letak larutan tepung jagung sikit sebab selalu buat jadi cair. So ikut logik akal, letak tepung jagung hehe.





January 24, 2013

Friday blues




Hari jumaat, sepatutnya hari kerajinan dan kesihatan.
Tapi ni jadi hari kebaringan dan ketiduran.
Yna tetibe selsema pagi tadi then hidung tersumbat sebelah.
Lepastu kahak tetibe banyak, tekak dah rasa macam tangki kahak penuh :|

Bila hidung tak selesa, tekak rasa perit.
Segala kerja dilakukan dengan tidak ikhlas.
Jadi, marilah berehat.
Esok orang cuti, kita kerja okaaaaaay :)

January 23, 2013

Resepi : Udang sambal petai

Yna letak resepi dalam blog even benda tu senang dan orang dah tau sebab nak share dengan korang and buat rujukan sendiri bebila nanti. Takpayah tulis dalam buku and bawak merata. Kekdahnya sebab mek ni pelupa orangnya. Hehe.




Bahan hiris :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan kisar :
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan dibakar

Bahan lain :
Udang (dalam 20 ekor besar)
Cabai mesin - 9/10 sudu besar
Petai (dikopek, err kopek ke apa apa je lah)
Garam
Gula
Santan - setengah cawan (untuk bagi lagi sedap bila nak buat kuah dia jadi banyak)


Cara-cara :
1. Tumis bahan hiris dalam sedikit minyak sehingga kekuningan.
2. Masukkan cabai mesin.
3. Masukkan bahan kisar dan air masak sedikit. Biarkan cabai masak lama sedikit.
4. Masukkan udang, santan dan petai.
5. Letak garam dan gula secukup rasa.
6. Taraaaaa! Sila terliur. Hehe.





January 22, 2013

Resepi : Chilled Oreo Cheese Cake (Non-bake)


Morning! Hari ni breakfast kengkonon homputeh la makan cheese cake. hehe.
Malam kelmarin kan tak dapat tidur, so yna baca lah blog orang lain then dia ada bagi resepi blueberry cheese cake, tapi yna tak suka blueberry ke strawberry ke apa berry ke lah. Tapi review jugak lah resepi dia, lepas tu macam TING! terus tangan automatik google resepi oreo cheese cake sebab yna suka oreo or anything yang chocolate.

Demam rajin sangat tengok resepi kat internet ni sebab pengaruh dari mak, everynight before sleep dia mesti baca blog orang orang yang rajin share resepi. Ni terikut ikut lah ni.

Petang semalam try buat oreo cheese cake ni, this was my first try buat benda camni sendiri. hiks *bangga haha!*

Dari banyak banyak resepi dalam internet tu, yna try combine mana yang okay and tak okay and yang ni simple je sebab tak perlu bakar dalam oven, masukkan dalam fridge je sampai dia keras elok.

Kekdahnya buat chilled ni sebab tak reti guna oven. wakakakaka! kang meletup tak pepasal oven tu, dah kena hantar resume cari kerja nak ganti oven baru punya pasal.

Cop! Baru sedar mukadimah kemain panjang. muehehehe. So let's start chilling.



Bahan :
500g cream cheese (yna guna Philadelphia)
1 setengah paket oreo (yang lebih tu simpan buat milkshake pulak, jimat punya pasal haha)
60gm butter
3 sudu kecil gelatin (yang halal, yna guna brand kijang)
3/4 cawan gula halus
5 sudu susu pekat
5 sudu susu cair/ susu segar
garam secubit

yogurt tu teman masa penat je time time tunggu siap semua tu kan. muehehe


Cara-cara :
Firstly, buat base dia dulu. 
Cairkan butter and biarkan dia sejuk sikit.



Kisarkan 1 roll biskut oreo (asingkan cream)



Gaul butter cair tu dengan serbuk biskut oreo.
Then mampatkan dalam loyang yang dah disapu butter kat permukaan bawah dia.
Kalau nak senang keluarkan nanti, lapik guna aliminium foil, biarkan dia terkeluar sikit, so senang nak tarik keluar nanti.
Then, sejukkan dalam peti ais dalam 5-10 minit.


Mesinkan cream cheese dan gula.
Dah gaul kira kira macam okay, masukkan susu pekat, susu cair, garam.
Then masukkan gelatin (larutkan gelatin dalam air suam sikit)
Kacau sampai jadi cantik :)



Gaulkan dengan sikit biskut oreo yang dipecah pecah.
(yna masukkan serbuk oreo tadi sebab terkisar banyak)


Then masukkan dalam bekas yang dah dimampatkan oreo dengan butter tadi.


Tadaaaa! jadilah camni.
Kalau dah taksub sangat dengan oreo, boleh la letak oreo yang lebih lebih tadi kat atas tu.
Kalau super taksub lagi letak kepingan oreo kat atas tu susun cantik cantik.
Masukkan dalan peti ais, biarkan dalam 5-6 jam.
Nak cantik lagi, biarkan semalaman.


So taraaaaaaaa! 
Mari share kolesterol?



January 21, 2013

(4) Write a paragraph to somebody

Hai assalamualaikum,
I'm back with the challenges pepagi buta pukul 1 pagi ni. Orang lain dah selamat tidur dah. Siap mimpi kemain lagi. Tapi yna macam excited nak sambung challenges sebab update guna phone sambil baring. Dulu tak pernah pulak try, tadi saje je main main dengan phone. Tu yang terhasil enzim enzim keterujaan ni. Haaa ayat engko!

Challenge number 4 is to write a paragraph of someone, tak kisah la sesiapa pun walaupun tak pernah jumpa.


Ehem ehem! *amik kertas jalur tak besar tak kecik, pen kilometriko, liquid sekali cewah!*



'Hello M,
Awak baik sebenarnya. Awak rajin sebenarnya. Tapi awak terlalu ikutkan mood yang selalu je swing sesukahati kejap ke kiri kejap ke kanan kejap lagi kat atas. Awak boleh buat lebih dari apa yang awak dah buat skrg. You can do better than what you've done. Jangan lebihkan perasaan orang lain seover overnya. Sebab tu lah awak selalu kalah. Dan jangan ikut rutin harian kucing kucing tu, diorang memang berutinkan makan jalan ngorat tidur baring je. Awak tu kena buat kerja, kalau tak nanti gemuk you know. Haaa ayat ugut kejap. Hahaha. Oh dan yang last sekali, kekalkan yang istimewa dalam hati awak tu. Dan saya tahu siapa dia :)

Saya selalu berharapkan yang terbaik dalam hidup awak.'




Sekian sahaja surat karangan tidak rasmi versi ex student smk convent ipoh kelas 5 apa tah tak ingat. Haha.





Coppppp lagi 1!
You don't practice this.
Tidur mendada, kaki bersilang like a boss.
Ewahhh ewahhh baby ni.


Penggila oreo milkshake





Saya dahagakan kasih sayang oreo sekarang! :'(




January 20, 2013

Sambungan challenges zaman dulu



Hai Isnin!
Kalau ikut kalendar Runningman, hari ni hari monday couple.
Hai Nora danish (Ji Hyo)! Hai suami Natasha Hudson (Gary)!


Hahahaha, watak yang yna reka sendiri sebab muka diorang lebih kurang seakan akan je.

Firstly, saya rasa nak guna 'yna' berbanding 'aku' dalam entri lepas ni. Or maybe 'saya'?
Sebab bila baca balik semua entri, banyak sangat 'aku', rasa macam annoying.
Yna yang tulis entri sendiri dan baca sendiri pun dah rasa macam tu, apetah lagi korang kan.
So I'll try my best, which one that suits me in, I'll use it :)

Dan berbalik kepada motif entri, sebenarnya yna nak start buat balik challenges yang dah ter-stop lama dulu. Rasa macam rindu pulak dan dah banyak challenges yang yna amik before ni, tapi semuanya tak complete.

SEKARANG RASA TAK PUAS HATI.

Insyaallah, kali ni habiskan jugak. amin :D
Doakan saya!


January 17, 2013

Rutin sama dah berubah

Assalamualaikum,
So waddap!

Nothing to share pun sebenarnya.
Tapi memandangkan dah lama gila tak share something dekat mellowtypo, so jiwa macam meruntun kalbu suruh taip jugak *urut dada tahan ghairah*

Yang punca benda ni tak berupdate pun sebab hari hari benda sama yang aku buat, macam bangun pukul 10 pagi, pegang phone cek kot kot la ada orang misscall ke bagi message ke sebab aku selalunya silentkan phone masa tidur, kengkonon nak tidur yang berkualiti la kan. kate ko! lepas tu cek twitter, instagram, buat sesi balas membalas wish morning kat memember, haa tu macam peramah sikit ye dak? mihihi. then bangun tengok tv, makan, dan baring balik. so nampak tak?

HIDUP BOSAN DAN MENGEMBANGKAN, YANG PASTINYA BUKAN MENGEMBANGKAN ILMU PENGETAHUAN YE ADIK ADIK.

Tapi seminggu dua ni macam dah beransur pulih sikit la dari pemalas ke kurang pemalas, sebab aku dah bangun pagi seawal orang kl nak pergi office. hihihihik senyum sinis :D

Ni semua gara gara before tidur fikirkan umur dah bukan lagi 20, jadiannya kena pandai bergerak sendiri.

And now i'm starting to write on the typotypo backk! yeeehooo!






krikk krikk krikkk krikkk

okay semua tak gembira, that's it.
sambung lagi nanti.
dadaaaa :)



January 9, 2013

2013

WELL HELLO 2013!

so i'm starting my 2013 mellowtypo with this new leopard layout.
so YEAYYYY!