Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

June 24, 2011

Khasiat kuaci kepada wanita

Semua sebok sangat tengok Maharaja Lawak kan ?? haa takpe , aku tau ramai lagi kawan kawan aku yang lain yang sudi geng bas sekolah dengan aku duduk rumah makan kuaci layan cite korea kan ?? lepas ni , sume pakat tutup astro warna sebab ML dah habes . huahuahua ! malas la cite ML ML ni . dah macam MLM pulak . nyampah !


hari tu pergi giant konon gigih cari barang , lepas tu pergi department *wahhh department kata kau* keropok . usha usha kuaci bunga . selup selup , ada paket paling kecik dengan paling besar . kalau paling kecik , memang la tak cukup , tayah nak bising la nanti perut bunyi bunyi masa tengah nanges tengok cite korea kan . haaa aku amik la paket besar gedabak tu . balik balik dok kunyah la sambil baring tengok series .



ni dah 3 hari , tak habes habes lagi ni . maharaja lawak pon dah nak habes , kuaci ni bila nak habesnya . nasib baik simpan dalam bilik , mak aku masuk die tak jumpa . kalau tak , mesti kene ceramah ahhh semputt ahhh semputtt . hahahaha ! dia marah anak anak dia makan kuaci . it's not good for health . kata kauuu .

so aku pun macam terlebih rajin , pergilah google pasal kuaci ni . ehem ehem , kata kauuu banyak khasiat dari khusiat rupanya . sebab aku cari khusiat tak jumpa jumpa pon , suma yang keluar khaaaaaasiaaaaatttt belaka .

kopi pes udang dah la ye . membazir tenaga pulak nak taip balik . hehehe




Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasia vitamin E.


Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.

Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.


Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah
Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com





haaa ni aku tak tipu , banyak lagi . kalau nak tau , google eh . tamo malas malas . boboi tak suka .


jadinya sekarang aku selesai ceramah ahhh semputttt pasal kuaci . dan esok pagi aku kena ceramah ahhh semputtt balik pasal tak pack barang lagi . esok pagi pukul 7 kena pergi kem kau tahu . kenapa kem hari sabtu ahad ? kenapa tak hari raya ? DENG !

kalau nak blend kasi halus sikit boleh tak ? =='









*haaaa baru teringat ! khusiat diaaaaa........


PENAT GILA NAK AMIK GIGIT BUKAK TELAN . TAK PAYAH KUNYAH KUNYAH . TELAN JE TEROS . LEPAS TU LAPA LAGI , AMIK GIGIT BUKAK TELAN SAMPAI RASA NAK TELAN JE SUME KUACI TU DARI PAKET TU .







December 29, 2010

10 perkara haram di facebook




1. Mengeluarkan status yang mengatakan kau seorang diri di rumah atau pun di mana saja . it's denjeres baby .

2. Mem-publish-kan gambar dokumen sulit seperti penyata akaun .

3. Upload gambar hot hot da vasss gitewww .

4. Merungut atau marahkan sesuatu yang berkait dengan hal kerja atau kolej padahal pengarah atau bos kau ada je tengah baca status 'panas' kau tu .

5. Beraksi daring syok sendiri . like status sendiri . komen status sendiri . like gambar sendiri . komen gambar sendiri terlebih dahulu .

6. Beri pandangan peribadi yang sensitif dan akan melukakan hati kawan kau yang berlainan bangsa dan agama .

7. Buat status pasal something yang belum pasti jadi . seperti 'saya dapat kereta mewah bulan depan' . padahal pinjaman bank pon belum tentu dapat .

8. Naikkan status yang betul betul hangat . walaupun kau tengah marah , tak perlu naikkan status yang maki hamun orang . nanti lama lama orang akan meluat dan pikir kau tu panas baran tak tentu pasal .

9. Letakkan info info pelik seperti nombor telefon dan alamat rumah . wahh ! berani betol ye .

10. Jawapan telus dan jujur ya amat . segala soalan dijawab dengan jawapan yang bendul seperti jumlah gaji yang dapat . ini pon bahaya tahu ! (angkat jari , angkat kening tanda marah )





hey ini betul betul lah . aku tak tipu . tipu kan dosa .
sume ni aku cilok dari majalah cosmopolitan di mana wajah hadapannya lisa surihani .
aku suka share something yang aku baca dalam internet atau dalam magazine
walauuuuuu....pun benda tu dah lapuk .
who cares .
sharing is gooding . ( aku tak pernah bercita cita nak jadi guru bahasa inggeris . inilah sebabnya ishhh.. )

December 7, 2010

(info) list halal dan haram di malaysia

tgi friday's


chili's

nak tahu halal ke tak ??




Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
-McDonald
-A&W
-Secret Recipe


2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
-Victoria Station
-Kam Lun Ta
-Lotus Family Restoran


3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
- San Francisco Steakhouse
- Chicken Rice Shop
- Kiwi Express


4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.

Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnyadisebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.


6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang manakedua-duanyaadalah halal dari segi bahan kandungan.

Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yangSemi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianyatidak boleh dipakai oleh orang Islam.Begitu juga sebaliknya.
**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambutkerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.


8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yangtelah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.


9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.


10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.



11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).


12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,


15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIMsecara khusus.


16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.


17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.


18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lainadalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIMdan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.


20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



aku berkongsi dengan blogger yang lain tentang info halal haram ini .
harap korang jangan parang aku okay :|
last two weeks pergi wangsa walk and first time tahu ada tgi friday's .
woyemji ! i'm too oldskool tak tahu isu isu moden masa kini .
naseb masa tu tak cukup duit nak makan . huhu

tapi yang aku tahu , ini HALAL .
insyaallah .
sabar sabar .
aku sedang berpuasa .



notaextra : credit to cik epal