July 27, 2011

aksi ampang bowl

takde dslr . takde mood nak bergambar .
pakai fon pon dah bersyukur .
oke ayat nak sedih je HAHAHA !

takpe , nanti gua ngorat abang abang photog kasi gambar gua aritu .
jadiannya , ni je la yang gua ada .


DSC00575 copy
nampak betapa pelik mata aku sekarang bila eyebag semakin menguasai ruang mata . pfftt



DSC00579 copy
maaf . terberaksi gedik di situ .
sangat tak sengaja . lalalala .



DSC00578 copy
taktau kenapa asyik gambar dengan minah ni je .



DSC06937 copy
ninja turtle's girl . hahaha !
jamie comel buat mate catu . itew sukewwww sanadddd !!! >.<


congrates korang team SAPU LONGKANG kerana berjaya mengungguli tangga tangga kejayaan dari belakang :p




nota extra : sekarang sangat sangat busy . tak tipu punya kali ni . macam macam event kene kasi tolong handle . err bole mintak upah sikit tak ? penat tahu ? :( tak dapat upah , dapat eskrem ni pon jadi la :((



July 25, 2011

Jom gegar AMPANG BOWL IPOH !

student KPTM ramai ramai pergi AMPANG BOWL IPOH PARADE 8malam ni okeh .


poster bowling 2011 copy




all the best for all team !
yang tak dapat join kali ni , join next sem ea .
borang macam pisang goreng panas baq ang .

oke . 100plus pon dah pandai buat game online
osem .


July 19, 2011

corporate clicks session

DSC06919

sesi amik gambar korporat untuk presentation subjek MPM .
thanks miss farah sabri for the blazer :)



DSC06921

err terasa muda di tengah situ . kekeke
selamat malam .


July 18, 2011

[Cabaran] muka cantik , tapi ada 3 perangai buruk


kesinambungan dari page hot ini .


muka cantik ? takde la sangat . comel tu ada la sikit . hahaha . tapi 3 perangai paling buruk aku , aku pon tak bape nak sure . kene pikir panjang dulu , kang tak pasal mengaibkan diri sendiri pulak .

oke lahhh , dah dapat ! takde la buruk sangat pon . ish ish ish cabaran ni , saje je nak trick orang .



1. kuku panjang


aku pon tak suka bila kuku panjang , tapi seriously aku selalu lupa nak potong . bila aku ingat , time tu la tengah class , time tu la tengah drive , time tu la kepit kuku tah campak mana kan . so bila dibiar lama lama , memang lagi beranak pinak lah beliau . eceh ! sebenarnya ai teringin nak jadi macam nenek gojes tu . haha cipta rekod okeh . dapat duit . ngeh3 . masa zaman sekolah jahiliyah dulu , suka gigit kuku . dah besar tak bape nak panjang ni. tabiat tu dah kurang sikit . goodjob yana !



2. pakai 1 benda yang aku suka tu secara kerap

oke tak paham kan ? aku tahu tu . kalau time tu zaman aku suka baju tu , memang aku keluar pakai baju tu je la . boleh nampak la kekerapan aku dengan baju tu . tapi aku basuh okeh baju2 atau benda benda yang aku suka pakai tu . kalau aku suka pakai tudung hitam , memang dengan apa apa pon , aku pakai tudung tu jugak . walaupun aku cuba nak pakai tudung lain , dah nak keluar ni , aku sempat lagi tuka balik . hahahaha mengada kan ?!



3. duduk 1 tempat tenung orang lalu lalang

tu pon perangai buruk ke ? err dah kalau selalu kene marah , kira buruk jugak la kan ? huhu
aku suka duduk dekat shopping mall atau mana mana je la , then tengok orang . macam macam perangai ada . ada yang merangkak , merengek , ngesot . hahahaha gua tipu lu ! aku tak suka jalan jalan , sakit kaki . takleh nak wusha wusha orang , jeling jeling mamat . hahahaha !
oh pasal kene marah tu , manusia manusia yang suka marah aku tu cakap aku tengok orang macam nak telan orang . memang gua maki dalam hati berkata 'lu susah ?' . pis !

dah la ! bahaya cabaran ni . bikin gua jem .


ya allah , dah berapa minggu , baru hari ke-7 ????


siapa nak muka licin , tips tops di sini .


'X IPOH DAY' mula sampai habis .

HOLLA ! sabtu lepas , KPTM IPOH ada buat event collaborate dengan CANDID MOMENT ARTS , event 'X IPOH DAY' . event tu sangat cool , cuma student dari kptm je kurang , maybe sebab weekend and ramai takde transport nak pergi kolej kot . tapi otai otai photog memang ramai la . dah macam perjumpaan otai otai 1 Malaysia je . paling best . abang BLACKPUNG5HITAM . sila pronounce elok elok , sebab mula mula pon aku konfius acane nak nyebutnye . photography art die memang lain dari yang lain , dia amik gambar serius dari hati . you're so man bradah !



DSC06902 copy

petang sebelum hari kejadian . semua bertungkus lumus scan artwork student student untuk paparkan dekat tv gajah dalam library . saya punya pon ade ! hehehe .



DSC06903 copy

ini gara gara habes perkara dah untuk digosipkan .



DSC06907 copy

vice president mpp , YAYA .



DSC06911 copy

'malam' before the day . kerja tak habes lagi . kerja setup tempat , setup board pameran dan sebagainya . ecewahhh skema pulop .



DSC06913 copy

we're the crews !



Mnk1189 copy

IT'S X DAY !

banyak lagi gambar yang tunjuk ruang pameran . tapi malas nak upload , nanti lah bila kurang malas eh :D
but the event was seriously cool !! rugi sangat siapa yang tak pergi .



Mnk1190 copy

okay babai !!!!! :)

we're looking for the next 'Y IPOH DAY' hihihihihi





July 17, 2011

July 12, 2011

botak juvana ehem ehem dengan liyana jasmay

siapa tengok fuhhh! semalam , angkat kening 3 kali cepat .

nampak tak , botak tengok liyana jasmay cam pelik je kan . macam dia suka je dekat LJ . auww habes la botak tak juvana dah . jiwang aje mukanya . haha tahfiz tuh . good good .





nota extra : weh ! pes taim update MT dekat kolej . haha bangga kejap ^_^




welcome La'FirstTouch

DSC00497


hello all La'FirstTouch-ians :)
all the best for your project .
takmo gado gado oke ^_*






July 11, 2011

[Cabaran] bila korang sorang sorang kan , mesti korang buat benda ni

haii ! tajuk sebenarnya salah . yang betulnya ni 'apa yang korang buat bila korang sorang sorang' hihii . tak payah nak korang sangat lah kan , sebab yang membebel tak tentu pasalnya ni aku . so ni apa yang aku buat bila aku sorang sorang .



DSC03786 copy


bila dah sorang sorang , lepas tu jiran pon takde . jadi boleh laaaa kita proceed ke level seterusnya . jeng jeng jeng . on pc , on speaker habes kuat lepas tu nyanyi macam orang nak kene lempang dengan senduk . baru berakai . lepas tu kucing jalan slow slow nak pegi dapur , aku tarik dia . ajak die joget . HAHAHAHA !





DSC04617 copy



itu 1 kes , kes seterusnya akta jenayah comel terhebat . online sampai lebam , ajak ramai ramai kutuk orang tu kutuk orang ni . *oppps ! silap !* ajak ramai ramai sembang pasal isu semasa laaaah ==' aku tak suka kutuk orang tauuu . kadang kadang je bila geram gila , TERlepas kutuk . hahaha . lepas tu mula la cari web artis . alaa itu pon isu semasa kan . kita sebagai rakyat malaysia perlu tahu semua tu kan , kalau tak , nanti orang cakap kita kuno isu semasa . haaa pa hang nak kata lagi masa tu ceq oii . so cekidaut !






macam ini







macam ini







macam ini







dan macam ini .





HAHAHAHA ! aku memang suka baca gosip artis . sekadar untuk tahu and isi masa lapang je . bukan suka sangat pon laa . tapi suka la jugak ^_^

oh ! aku suka kemas rumah bila takde orang . sebab tu bila ada orang dekat rumah , aku prefer duduk dalam bilik je . ye aku pelik . sooowat ! bila takde orang , senang lah kan nak sapu rumah kemas rumah sini situ sana sini kan kan kan . logik kan ? baik cakap ye cepat !

so apa korang buat bila sorang sorang ?? jangan buat tak senunuh oke . hahahaha



nota extra : sem ni kene banyak idea and be more creative . nak turun sem balik boleh tak ? erk !


banyak lagi website KOREA yang gojes

haiiii !

okay nak share pasal website korean drama yang sememangnya hot hot belaka . masa mula mula dulu tengok dekat youtube je , tu pon ada yang tak full episode . tapi nak buat camne kan , gian tengok korea , terpaksa la layan drama korea oku tu sebab kurang cukup sifat episode nya .

tapi slow slow dah pandai dah , sebab kaklong pon gila korea jugak . qila pon boleh tahan jugak gilanya , asal cuti sekolah je . cari cite korea ==' memang senang lah kan aku nak dapat info . ngehngehngeh .

so lepas youtube , maju sikit tengok dekat mysoju . masa tu kan gian nak cari cerita yang memang aku patah hati sebab tak jumpa ni . cari dekat mysoju pon tak jumpa . dah la web dia punya interface memang tak menarik minat langsung =='

lepas tu maju kehadapan naik roller coaster , laju sikit . senior kasi web maaduu . memang cun habes lah interface dia . navigation semua cool gila . dah la ada kaler ala ala pepel hitam . memang la i loike kan . huhu . lepas tu ade pulak cerita wonderful life tu . so kesimpulannya semua keje aku tak jalan lepas tu HAHAHAHA !! tu je motif aku sebenarnya ^_^



1

comel kan combination of the colours :)



2

siap ada tempat nak join discussion baq ang . nak kutuk puji sampai kembang hape sume , anda dipersilakan :)


oh ! oh ! lupa pulak . maaduu ni tak payah tunggu loading sampai lebam , even baru loading pon , korang dah boleh forwardkan dia . and dengan sepantas sambaran petir , dia akan play smoothly . takde tersekat sekat . *errr ikut kelajuan internet jugak la . wekekekeke >.<



July 9, 2011

you're the best designer for me

blogyna2

first header



blogyna1

second header


dua dua aku mau . aku tamak , tak payah bagitau . aku dah lama tahu . HAHAHA . thanks jamiepepelish for the headers . sanggup kau kan buatkan , walaupun aku bergurau je walaupun jugak aku nak sangat pakai image header . hihihi . aku sememangnya tak kreatif nak buat header walau sesimple mana pon . my bad . pffft ! yeay ! takde lagi text header je . i loikeeee :)

sebab ada dua kan . so aku pakai yang first then dah bosan nanti aku tuka yang second pulak . ohh nikmatnya ada pelbagai pilihan . ehem ehem taknak buatkan yang third pulak ke ? >.< *hahaha ! kene lempang free kang tak pasal baru padan dengan muka .



July 5, 2011

[Cabaran] benda patut aku buat sebelum mimpi eron ajis

ehem ehem , kepada sape yang tak tau aku sedang merapu apa . sila ke kaunter ini dulu okay :)

so before tido mesti korang pikir nak mimpi sape kan . tak pon , mesti korang baca doa sebelum tido kan ? ececehhh konon baca la sangat tu . but yes , before tertido , aku mesti baca doa doa semua doa la aku balun baca . lagi lagi kalau time tu tetibe cam takot , lagi laaa dengan doa doa makan aku sebut .

tapi sebelum tu , aku akan set jam untuk bangun esok . kadang kadang bila eron ajis buat sweet sweet dalam mimpi , payah nak bangun dengan sendirinya . so sebagai langkah keselamatan , kene la set alarm . kalau tak , tak pi kelas la jawabnya .


dah set alarm , aku sambung layan apa apa je yang ada dalam laptop . aku layan korean , tonton[dot]com , youtube . semuanya laaaa . sampai aku tertido . akhir kata , laptop ni memang on je sampai aku terjaga di pagi hari . memang kesian kan laptop ni . tapi kalau off , aku pulak yang payah nak tido nanti =='




so lebih baik korang kesiankan aku dari kesiankan laptop ni . hihihi

oh ! sekarang ada benda baru nak buat sebelum tido .
pakai mask buatan sendiri ^_^ kekekeke